• Datanglah beramai-ramai ke Karnival Mahabbah IKIMfm Terengganu 2013 dari 23 hingga 25 Mei 2013 di TTC
  • Maulid@ IKIMfm
    Maulid@ IKIMfm
    Saksikan persembahan Maulid@IKIMfm bersama Far East, UNIC, Muhibbeen (UIA) dan Ustaz Syed Norhisyam pada 23 Mei 2013, 9 malam di Terengganu Trade Centre
  • Tafsir Al-Quran
    Tafsir Al-Quran
    Ikuti Musim Baharu Tafsir Al-Quran bersama Dr. Shauqi Othman, Isnin - Jumaat, 6.30 pagi.
  • Alam Ria Si Kecil
    Alam Ria Si Kecil
    Ikuti Musim Baharu Alam Ria Si Kecil bersama Kak Aishah setiap Sabtu, 2 - 4 petang diterbitkan oleh Maslina Alias.
  • Terima Kasih
    Terima Kasih
    Penghargaan kepada Ustaz Dr. Hj Zahazan Mohamad atas sumbangannya bersama Segmen Tafsir Al-Quran di IKIMfm selama 7 tahun.
  • Karnival Mahabbah IKIMfm Terengganu 2013
    Karnival Mahabbah IKIMfm Terengganu 2013
    Temui barisan penyumbang rancangan IKIMfm di Karnival Mahabbah IKIMfm Terengganu 2013 di Terengganu Trade Centre, 23-25 Mei 2013. Jumpa anda di sana.
  • Karnival Mahabbah IKIMfm Terengganu 2013
    Karnival Mahabbah IKIMfm Terengganu 2013
  • Karnival Mahabbah IKIMfm Terengganu 2013
    Karnival Mahabbah IKIMfm Terengganu 2013

BERITA TERKINI

Print
User Rating: / 65
PoorBest 
Sunday, 19 May 2013 11:57














Karnival Mahabbah IKIMfm Terengganu bermula Khamis ini
oleh Syafiq Zulakifli

KUALA LUMPUR – Penganjuran Karnival Mahabbah IKIMfm kembali lagi dengan pemilihan negeri Terengganu sebagai tuan rumah pada kali ini. Karnival Mahabbah IKIMfm Terengganu 2013 akan diadakan pada 23-25 Mei 2013 bertempat di Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu.

Penyelaras Karnival Mahabbah IKIMfm, Puan Fairuz Hj Noordin berkata penganjuran karnival kali ini adalah kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) dan Institut Pembangunan dan Pengurusan Johor (IPPJ) sebagai pengurus acara. 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, Tuan Haji Azmi bin Razik (gambar) ketika dihubungi menjangkakan sekurang-kurangnya 20,000 pengunjung akan membanjiri Karnival Mahabbah IKIMfm kali ini. Beliau berharap sambutang luar biasa akan diberikan kepada IKIMfm kerana siaran radio ini mempunyai pendengar setia yang ramai di kalangan rakyat Terengganu. Karnival ini juga salah satu program yang dimasukkan dalam agenda Tahun Melawat Terengganu 2013.

Sementara itu Puan Fairuz turut menjelaskan bahawa 'ini adalah lokasi kedua yang akan dikunjungi oleh IKIMfm pada tahun 2013 selepas Plaza Angsana, Johor Bahru pada awal Mac yang lalu,”.

Di antara Dj IKIMfm yang dijangka akan bersama rombongan IKIMfm ke Terengganu ialah Dj Nik Hasnah, Dj Suffian, Dj Faiz, Dj Syafiq, Dj Fairuz, dan ramai lagi.

Karnival Mahabbah IKIMfm Terengganu 2013 tidak ketinggalan membawa pengisian yang menarik seperti karnival sebelum-sebelum ini. Antaranya, siaran langsung “Islam Agamaku” yang akan menemui tetamu undangan Saudara Firdaus Wong Wai Hung pada jam 5 petang hari pertama, 23 Mei.

Disusuli pada sebelah malamnya iaitu Maulid@ IKIMfm yang akan membawakan DJ Suffian Amrin selaku moderator di samping Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang, Kumpulan UNIC, Far East, Muhibbeen yang akan bersama-sama di pentas Maulid bermula jam 9 malam.

Pada hari yang kedua pula, Jumaat 24 Mei; IKIMfm akan membawakan lintas langsung rancangan ‘Islam Itu Indah’ bersama Prof Dr Muhaya Mohamad bermula jam 10 pagi. Disusuli rancangan “Usrah Nurani” bersama Ustaz Zulramli M Razali dan rakan usrah Heliza Helmi pada jam 5 petang dan Konsert Mahabbah IKIMfm akan menemui pendengar dan pengunjung karnival pada sebelah malam bersama Hafiz Hamidun, Saujana, dan Nowseeheart bermula jam 9 malam.

Karnival Mahabbah IKIMfm Terengganu pada hari terakhir, Sabtu 25 Mei akan membawakan Ustazah Norhafizah Musa melalui rancangan ‘Usrati’ dan Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin akan menemui pengunjung di pentas karnival pada sebelah petang bermula jam 2 petang. Tokoh Muda Ulama Selangor, al-Fadhil Dr Zulkifli Mohd al-Bakri akan bersama dalam rancangan Ad-Daurah pada jam 11.00 pagi. Penyanyi Ammar juga akan tampil untuk memberikan persembahan Silap Mata pada hari Sabtu itu.

Tidak ketinggalan acara-acara lapangan di Terengganu Trade Centre yang akan diadakan seperti Pertandingan Bakat Murni, Pertandingan Seni Kaligrafi dan banyak lagi yang akan memenuhi acara tiga hari karnival tersebut.

Orang ramai juga dijemput memeriahkan acara di samping dapat mengunjungi gerai-gerai jualan dan pameran produk serta berinteraksi bersama penyampai-penyampai IKIMfm yang akan turut bersama di sana. Barangan cenderahati IKIMfm serta buku-buku terbitan IKIM juga boleh didapati di booth IKIMfm.

Jumpa anda di sana!

Muat turun aturcara di sini [ ATURCARA LENGKAP KARNIVAL ] 

 

Forum Khas PRU-13

News image

KUALA LUMPUR, Studio 1 IKIM, 5 Mei - Rancangan Forum Khas Pilihanraya Umum (PRU ke-13) yang disiarkan di IKIMfm bermula jam 9 malam hingga 1 pagi berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Pengarah Program Khas PRU ke-13... Selanjutnya

Administrator (NRAS) | Tuesday, 7 May 2013 | Hits: 311

Sheikh Usamah di IKIMfm

News image

KUALA LUMPUR, 19 April - Ulama muda terkenal dari Universiti al-Azhar, Mesir, Al-Allamah al-Musnid As-Sheikh Dr. Usamah bin Sayyid Mahmud al-Azhari telah meluangkan masa untuk ditemubual dalam slot Warna Pag... Selanjutnya

Administrator (NRAS) | Tuesday, 23 April 2013 | Hits: 589

Pengerusi SPR di IKIMfm

News image

17 April 2013 - Yang Berbahagia Tan Sri Dato Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) baru-baru ini telah sudi menjadi tetamu di dalam bual bicara rancangan ... Selanjutnya

Administrator (NRAS) | Thursday, 18 April 2013 | Hits: 539

Dr Sukki ganti Dr Zahazan

News image

YBhg. Ustaz Dr. Sukki Othman atau lebih mesra dipanggil Ustaz Shauqi telah dipilih menggantikan Ustaz Dr Zahazan Mohamad untuk mengendalikan segmen Tafsir al-Qur'an yang bersiaran di IKIMfm setiap hari Isnin-Jumaat jam ... Selanjutnya

Administrator (NRAS) | Monday, 15 April 2013 | Hits: 2236

30 Ribu Banjiri Karnival Mahabbah JB 2013

News image

Lebih 30 ribu pengunjung jayakan Karnival Mahabbah IKIMfm JBoleh Syafiq ZulakifliJOHOR BAHRU - Lebih 30,000 pengunjung menjayakan Karnival Mahabbah IKIMfm Johor 2013 yang diadakan di Perkarangan Tempat Letak Kereta Plaza ... Selanjutnya

Administrator (NRAS) | Thursday, 14 March 2013 | Hits: 700

IKIMfm ke Johor Bahru 8-10 Mac

News image

Orang ramai berpeluang bertemu dan menyaksikan ramai ilmuwan yang sering ke udara di stesen radio IKIMfm secara langsung pada 8 hingga 10 Mac 2013 di Plaza Angsana Johor Bahru bersempena ... Selanjutnya

Administrator (NRAS) | Sunday, 3 March 2013 | Hits: 906

Sheikh Faisal on IKIMfm

News image

18 February 2013 - The President of Islamic Forum of Canada Shaykh Faisal Abdul Razak came for a short visit to IKIMfm. IKIMfm Radio Director, Nik Roskiman Abdul Samad welcomed ... Selanjutnya

Administrator (NRAS) | Monday, 25 February 2013 | Hits: 747

Forum Bicara Ad-Deen 2013 Dilancar

News image

Rancangan Forum Bicara Ad-Deen IKIMfm merupakan satu rancangan forum agama yang diterbitkan radio IKIMfm bagi mendekatkan pendengar dengan kefahaman Islam melalui penerapan konsep ilmu, pendidikan dan agama. Dengan berkonsepkan rancangan ... Selanjutnya

Administrator (NRAS) | Monday, 11 February 2013 | Hits: 1009

Remaja Semakin Tertarik IKIMfm

News image

Pendengar program REMAJA IKIMfm meningkat Bermula sebagai satu-satunya radio tanahair beroperasi menggunakan sistem digital sepenuhnya, IKIMfm mengorak langkah membina nama sebagai radio Islam tunggal negara bersiaran 24 jam menyebarkan kemahaman ... Selanjutnya

Administrator (NRAS) | Sunday, 10 February 2013 | Hits: 1369

Rancangan Baharu IKIMfm 2013

News image

KUALA LUMPUR 18 Jan - DUA belas rancangan baharu IKIMfm 2013 diumumkan di dalam sidang media yang diadakan di Dewan Theatheratte IKIM hari ini. Pengarah Radio IKIMfm, Nik Roskiman Abdul ... Selanjutnya

Administrator (NRAS) | Friday, 25 January 2013 | Hits: 1455

Maulid@IKIMfm

News image

Maulid @ IKIMfm IKIMfm dengan kerjasama Munsyid Malaysia akan menganjurkan Program Maulid @ IKIMfm bersempena Sambutan Maulidur Rasul, pada 12 Rabiulawal 1434 Hijrah, bersamaan 24 Januari 2013 hari Khamis ini. Mengetengahkan te... Selanjutnya

Administrator (NRAS) | Monday, 21 January 2013 | Hits: 1555

5,000 Banjiri Karnival Mahabbah IKIMfm

News image

KUALA LUMPUR 1 Jan - Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) hari ini telah berjaya menyediakan bentuk sambutan alternatif kepada masyarakat yang ingin menyambut sambutan tahun baru 2013. Dianggarkan seramai 5 ... Selanjutnya

Administrator (NRAS) | Sunday, 6 January 2013 | Hits: 1911

Sidang Media Karnival Mahabbah@Masjid As-Syakirin

News image

Masjid As-Syakirin KLCC  18 Disember, – Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) hari ini mengumumkan akan menutup tirai siri Karnival Mahabbah 2012 melalui penganjuran Karnival Mahabbah IKIMfm bertempat di Masjid as-Syakirin KLCC ... Selanjutnya

Administrator (NRAS) | Sunday, 23 December 2012 | Hits: 2406

Dj Syafiq di Gaza

News image

  KUALA LUMPUR, 18 Disember – Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) telah menghantar wakil ke Misi Solidariti Gaza 2012 (MSG 2012) bermula 05 hingga 13 Disember yang lalu. Misi kali in... Selanjutnya

Administrator (NRAS) | Friday, 21 December 2012 | Hits: 2022

 

carta-mail drama-mail forum-mail nostalgia1-mail
nukilan-mail siswa-mail masjid-mail info-mail